Perak Hari Ini

MB Perak ucap takziah kepada mangsa tanah runtuh

faizal azumu peja

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu merakamkan ucapan takziah kepada kedua-dua keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di sebuah pusat peranginan di Tambun awal pagi tadi.

Katanya, Pegawai Daerah Kinta, Meor Hezbullah Meor Abd Malik serta seorang wakil telah dihantar ke lokasi bagi membantu Jabatan dan agensi yang terlibat.

“Kerajaan Negeri telah menyerahkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk menjalankan siasatan susulan tragedi ini dan memastikan kejadian sama tidak berulang.

“Saya juga difahamkan pergerakan tanah masih berlaku di lokasi runtuhan tersebut dan para pegawai dari Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri sedang memantau keadaan dan mencadangkan langkah untuk kerja menstabilkan struktur cerun,” katanya menerusi kenyataan media.

Pada masa sama, Kerajaan Negeri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua anggota pasukan penyelamat yang telah bekerja keras mengesan mayat kedua-dua mangsa sejak dimaklumkan tentang tragedi ini pada jam 1.45 pagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");