Perak Hari Ini

Pemandu Tersepit, Dua Lori Bertembung Di Sitiawan

SITIAWAN – Seorang pemandu lori tiga tan mengalami kecederaan akibat tersepit selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lagi lori tiga tan lain di Kampung Ulu Kayan, di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian itu pada jam 10.02 pagi.

Katanya setiba di lokasi dimaklumkan terdapat kemalangan membabitkan dua buah lori tiga tan yang masing-masing membawa muatan kargo dan batu-bata.

“Kemalangan melibatkan dua buah lori bertembung yang menyebabkan seorang pemandu lori muatan kargo tersepit.

“Sementara pemandu lori muatan batu-bata pembahagi jalan telah dikeluarkan oleh orang ramai dan dibawa ke hospital,” katanya lagi.

Menurutnya, sepasukan anggota JBPM telah berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit dan diserahkan kepada pasukan perubatan untuk menerima rawatan lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");