Perak Hari Ini

Pemergian Hasbullah Osman Kehilangan Besar UMNO Perak Dan Rakyat

IPOH – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Dato Saarani Mohamed mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham Datuk Hasbullah Osman yang telah pulang ke rahmatullah petang tadi.

Katanya, UMNO Perak menyifatkan pemergian
Hasbullah Osman sebagai satu kehilangan besar buat parti dan rakyat negeri Perak.

“Arwah bukan sahaja komited pada tugas, malah selalu tampil dengan idea-idea untuk sama-sama menguatkan UMNO sebagai parti yang berorientasikan rakyat.

“Saya berasa sedih dan terkejut saat menerima perkhabar mengenai Ahli Parlimen Gerik berkenaan telah pergi dijemput Ilahi petang tadi,” Katanya dalam satu kenyataan media.

Katanya lagi, UMNO Perak telah kehilangan seorang sahabat yang selalu setia kepada perjuangan parti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");