Membawang Hari Ini
Like

AR Badul Kecewa Hak Dinafikan, Tak Dapat Harta Peninggalan Arwah Anak

December 1, 2020
124 Views
0 Comments
2 minutes read
AR Badul Kecewa Hak Dinafikan, Tak Dapat Harta Peninggalan Arwah Anak

Sudah lebih setahun anaknya meninggal dunia dalam kejadian pilu akibat tertembak, pelakon dan pelawak veteran AR Badul mengakui bahawa hubunga dengan anaknya Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya tidak begitu rapat.

Namun, dia kecewa apabila hubungan renggang antara dia dan arwah dijadikan sebagai alasan haknya sebagai bapa dinafikan sehingga dia tidak menerima apa-apa pampasan daripada peninggalan harta anak lelakinya.

“Apabila terjadi perkara begini (kematian anak), pihak bekas isteri mengatakan saya tidak ambil tahu tentang anak. Tapi saya bapa dia..javascript:false

“Pihak ATM (Angkatan Tentera Malaysia) juga tak beri apa-apa kepada saya, katanya saya tidak layak. Malah, insurans pun kata saya tak layak,” katanya.

Mengakui hubungannya dengan arwah tidak begitu rapat sejak berpisah dengan bekas isteri sehinggakan dia sudah lagi tidak dianggap sebagai ayah oleh anak-anak sendiri.

“Sampai dia besar saya memang jarang lihat dia. Suatu ketika dulu saya pernah nak pergi ambil dia. Tapi anak-anak sendiri kata saya bukan bapa mereka, ini benar-benar terjadi,” katanya.

Dalam pada itu, Badul berkata dia pernah mendesak supaya inkues diadakan bagi mencari punca kematian anaknya itu namun menarik balik hasrat berkenaan demi masa depan tiga orang cucunya.

“Mereka katakan kalau saya nak buat inkues, anak-anak dia akan kehilangan hak. Jadi selepas saya memikirkan hal itu, saya tarik balik permintaan untuk inkues.

“Tapi yang saya nak sekarang ialah sebagai bapa, dia larang saya untuk mendapatkan segala-galanya, dengan siapa nak minta tolong pun tak tahu,” katanya.

Tidak berniat untuk membolot harta peninggalan arwah, Badul berkata hanya sekadar mahu kewujudannya sebagai bapa kandung diberi perhatian dan haknya sebagai seorang bapa.

“Bukan nak duit tu, tapi hak saya. Hasil sumbangan orang tu saya tak kisah, itu hak dia. Tapi berkaitan hak ayah. Macam disekat, konon saya tak ambil tahu pasal anak sejak kecil.

“Mungkin banyak cerita buruk saya tentang anak-anak diceritakan. Pihak sana katakan dia yang jadikan anak menjadi manusia, kata dialah,” katanya.

Allahyarham Mejar Mohd. Zahir merupakan pegawai komando daripada 11 Rejimen Gerak Khas dilaporkan telah meninggal dunia selepas terkena tembakan ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah.-RTKY

Comments are closed.