Perak Hari Ini

BERSATU Masih Belum Mohon Menghadap Sultan Perak

IPOH – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Perak sehingga kini masih belum memohon untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berhubung isu pelantikan Menteri Besar Perak.

Pengerusi Badan Pimpinan BERSATU Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya tidak menerima titah bagi menghadap Sultan Perak secara rasmi dari pihak Istana

“Sehingga kini masih belum memohon untuk menghadap Baginda berhubung isu pelantikan Menteri Besar.

“Kami tidak menerima titah untuk menghadap Baginda secara rasmi daripada Pejabat Istana sepertimana yang dilaporkan oleh media,” katanya dalam satu kenyataan media.

Terdahulu, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah menitahkan untuk memanggil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada BERSATU dan PAS untuk menghadap di Istana Kinta, hari ini.

Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata ia berhubung bagi meyakinkan Baginda tentang bilangan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentuk sebuah kerajaan negeri yang baharu.

Katanya Sultan Perak perlu mendengar pendirian ADUN-ADUN daripada dua parti tersebut berhubung perkara itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");