Berita Hari Ini

Kes Positif Baharu COVID-19 Kekal Empat Angka

KUALA LUMPUR, 8 Dis — Kes positif baharu COVID-19 kekal empat angka dengan 1,012 kes dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhan kes positif COVID-19 di Malaysia adalah 75,306 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu tujuh adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala penularan dalam negara pula berjumlah 1,005 kes.

“Bilangan kes sembuh COVID-19 hari ini adalah sebanyak 1,750 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 64,056 kes atau 85.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.

Dr Noor Hisham berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 10,862 kes dengan empat kematian dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah korban akibat COVID-19 di negara ini sebanyak 388 kes atau 0.52 peratus daripada keseluruhan kes.

–Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");