Sukan Hari Ini

Beto Bakal Tinggalkan Perak, Buru Tempat Ke Skuad Kebangsaan

KUALA LUMPUR, 8 Dis — Pemain tengah Perak, Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri mengambil keputusan meninggalkan skuad ‘The Bos Gaurus’ bagi mendapatkan lebih banyak peluang beraksi secara lebih kompetitif.

Pemain kelahiran Ipoh itu yang mesra dengan panggilan ‘Beto’ menegaskan, kekurangan peluang beraksi di bawah pengendali Perak, Mehmet Durakovic pada musim ini, jelas menyukarkan dirinya untuk memburu tempat dalam skuad Harimau Malaya.

Beto yang boleh beraksi di bahagian sayap mengakui, beliau masih teruja untuk kembali menyarung jersi skuad kebangsaan setelah kali terakhir membuat penampilan di bawah pengendali kelahiran Portugal, Nelo Vingada pada 2017.

“Kali terakhir saya beraksi bersama skuad kebangsaan adalah ketika kita tewas 1-4 kepada Korea Utara pada 2017, jadi saya memang teruja untuk kembali dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan,” katanya kepada Bernama hari ini.

“Di Perak pun, saya jarang diturunkan dan saya tak mahu prestasi terjejas kerana saya perlukan lebih minit permainan. Kali terakhir saya diturunkan beraksi adalah sewaktu Perak menentang Kelantan United dalam saingan Piala Malaysia pada 7 Nov lalu,” kata bekas pemain skuad Harimau Muda itu.

–Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");