Perak Hari Ini
Like

Ahmad Faizal Jawab Isu Penjualan Ladang Sawit

December 8, 2020
342 Views
0 Comments
3 minutes read
Ahmad Faizal Jawab Isu Penjualan Ladang Sawit

IPOH – Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjawab kenyataan Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan penjualan ladang sawit 15,000 hektar milik kerajaan negeri yang didakwa dijual kepada sebuah syarikat Singapura.

Ahmad Faizal menjelaskan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) telah menandatangani Perjanjian Pembelian Saham Bersyarat bersama Syarikat Taiko Pte Ltd (TPPL) pada 24 April lalu.

Katanya TPPL merupakan syarikat milikan penuh Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK) melalui KLK Overseas Investment Limited selain TPPL juga merupakan sebuah syarikat pegangan pelaburan bagi pelaburan ases dan perniagaan KLK Berhad dua luar Malaysia.

“KLK merupakan syarikat yang berpangkalan di Perak sejak dari tahun 1979, sejak memindahkan ibu pejabat korporat dari Kuala Lumpur ke negeri ini. Ia beralamat di Ipoh.

“Pemegang saham utama KLK Berhad adalah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Lee Oi Hian. Beliau anak jati Perak dan masih menetap di sini. Beliau juga adalah Ahli Bukan Rasmi Dewan Negara Perak,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal turut menjawab kenyataan yang memetik Allahyarham Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim Datuk Khusairi Abdul Talib berkenaan amaran terhadap kerajaan Pakatan Harapan ketika itu untuk tidak menjual ladang minyak sawit itu.

Ahmad Faizal mengulangi kenyataannya dengan mendedahkan cadangan penjualan PT Pinang Witmas Sejati (PWS) telah bermula sejak 2014 dan ia telah dipersetujui di peringkat pengurusan, jawatankuasa lembaga pengarah dan kerajaan negeri ketika itu.

Kata beliau antara faktor penjualan ladang itu adalah disebabkan kos penanaman semula d  tinggi yang mana ia perlu dilakukan bermula tahun 2022 membabitkan kawasan berkeluasan 7,705.48 hektar.

“Kos penanaman semula dianggarkan berjumlah RM23,000 per hektar atau kos keseluruhannya RM177.23 juta selewatnya perlu dilaksanakan pada tahun 2022. Fasa kedua meliputi kawasan seluas 6,400.43 hektar pula perlu ditanam semula pada tahun 2028,” katanya lagi.

Selain itu, beliau menafikan dakwaan penjualan ladang sawit terbabit dilakukan secara rundingan terus, sebaliknya PPPNP telah membuat jemputan untuk membida kepada 11 syarikat perladangan tempatan dan luar pada 15 Mei sehingga 30 September 2019.

Pada masa Ahmad Faizal menjelaskan terdapat beberapa tuduhan yang tidak berasas daripada blog ‘Blogger The Unspinners dan Pengerusi Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Perak, Datuk Hamidah Osman berhubung isu penjualan PWS.

Justeru katanya PPPNP telah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) berkenaan tindakan tersebut serta mempertimbangkan untuk diambil tindakan undang-udang kepada mereka.

Sebelum ini, Najib mendakwa isu  penjualan ladang sawit milik kerajaan negeri itu menjadi salah satu punca mengapa Ahmad Faizal gagal dalam undi percaya Menteri Besar pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat.

Pautan hantaran lanjut: https://www.facebook.com/pejaofperak/posts/1385725581759215

Komen & Pendapat

Comments are closed.