Perak Hari Ini

COVID-19: Rapid Bus Susun Semula Laluan

KUALA LUMPUR, 7 Dis — Rapid Bus Sdn Bhd, pengendali perkhidmatan bas di Lembah Klang, Pulau Pinang, Pahang dan Perak kini melaksanakan penyusunan semula laluannya bagi mengoptimumkan sumber dan aset susulan pelbagai cabaran dan kekangan akibat penularan pandemik COVID-19.

Rapid Bus, anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad dalam kenyataan hari ini memaklumkan langkah penyusunan semula itu akan dilaksanakan secara berperingkat dan perubahan laluan akan dibuat dari semasa ke semasa.

“Penumpang Rapid Bus akan sentiasa dimaklumkan tentang perubahan-perubahan ini,” menurut kenyataan itu.

Perubahan yang dilaksanakan adalah berdasarkan kajian teliti terhadap trend data permintaan penumpang dan jumlah penumpang keseluruhan yang kian merosot, terutamanya bagi beberapa laluan yang mengalami kesan penurunan jumlah penumpang yang besar, jelasnya.

“Buat masa ini jumlah keseluruhan penumpang bagi semua laluan di bawah Rapid Bus telah susut daripada sekitar 429,000 penumpang sehari ketika sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lepas kepada sekitar 180,000 penumpang sehari, iaitu penurunan melebihi 58 peratus,” menurut Rapid Bus.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");