Berita Hari Ini

Elak Anjur Majlis Melibatkan Perhimpunan

KUALA LUMPUR, 7 Dis — Orang ramai digesa supaya tidak merancang untuk menganjurkan majlis yang melibatkan perhimpunan, sehingga kes positif baharu COVID-19 negara kembali mencatatkan angka lebih rendah.

Catatan menerusi laman sosial Facebook Public Health Malaysia hari ini mengingatkan orang ramai untuk mengelakkan penganjuran enam aktiviti yang melibatkan perhimpunan, walaupun pergerakan rentas negeri dan daerah dibenarkan mulai hari ini.

“Jangan ada kenduri-kendara, elakkan family gathering (perhimpunan keluarga), tidak perlu majlis sosial, elakkan reunion (penyatuan semula), tidak perlu majlis hari jadi dan tidak perlu kenduri tahlil. Hentikan rancangan gathering (pengumpulan),” katanya.

Public Health Malaysia turut mencadangkan supaya orang ramai mengambil giliran dengan adik-beradik untuk pulang ke kampung selain membatalkan perjalanan pulang ke kampung jika tidak sihat.

“Jika anda ada berhubung dengan kes positif, pertimbangkan untuk tidak pulang ke kampung selama dua minggu,” katanya.

–Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");