Perak Hari Ini

DAP Perak Tidak Kerjasama Dengan UMNO Tanpa AMANAH, PKR

IPOH: DAP Perak bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO bagi membentuk kerajaan negeri baharu di Perak.

Tegas beliau, satu perjanjian bertulis perlu dimeterai sekiranya cadangan kerjasama itu mencapai kata sepakat.

Ujarnya lagi, keputusan DAP itu dibuat selepas mengambil kira situasi di Perak yang mana tiada satu parti yang mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan yang stabil susulan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada Jumaat lalu.

“Kesediaan DAP Perak untuk bekerjasama dengan UMNO membuktikan dua perkara iaitu DAP adalah parti berjiwa besar yang sanggup meletakkan kesejahteraan rakyat sebagai agenda keutamaan.

“Momokan DAP adalah anti Melayu atau anti Islam selama ini adalah tidak benar sama sekali,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain itu Kor Ming yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Aulong berkata, kesediaan DAP Perak untuk bekerjasama dengan UMNO adalah berpaksikan kepada prinsip utama membentuk sebuah kerajaan berbilang kaum yang bersih, berintegriti dan berpandukan kepada prinsip good governance.

Katanya lagi, DAP tidak akan berkompromi dengan amalan rasuah atau penyelewengan dalam soal integriti pentadbiran.

“DAP Perak telah membuat keputusan untuk bekerjasama dengan UMNO demi membentuk sebuah kerajaan berbilang kaum yang bersih, kukuh dan stabil,” jelasnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");