Berita Hari Ini

Feri Pulau Pinang Percuma Selama Dua Minggu, Bot laju Hanya Sementara

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan bot laju dan feri sedia ada hanya untuk sementara, sebelum kenderaan pengangkut diperkenal pada Julai 2022, menghubungkan Seberang Perai dengan bahagian pulau di Pulau Pinang.

Memetik laporan BH Online, Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng, berkata pengenalan feri baharu mungkin dibuat lebih awal berbanding tarikh ditetapkan pada 2022.

Semasa tempoh sementara, beliau menjelaskan Terminal Pangkalan Raja Tun Uda dan Pangkalan Sultan Abdul Halim akan diubah suai serta dinaik taraf untuk pengendalian feri baharu lebih cekap dan terminal yang lebih selesa kepada pengguna.

“Penggunaan feri laju serta feri sedia ada langkah interim sebelum feri baharu, iaitu bas air serta kenderaan pengangkut diperkenal pada 1 Julai 2022 atau lebih awal.

“Pengguna feri dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti makluman dalam media sosial serta laman web SPPP bagi mengikuti perubahan pada jadual operasi feri yang akan berlaku disebabkan keperluan untuk menyelaras kerja pengubahsuaian dengan kelangsungan operasi feri.

“SPPP memberi jaminan perkhidmatan feri tidak terputus. SPPP juga memberi jaminan sewaktu tempoh interim ini, tambah feri sedia ada akan dikekalkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berita baik untuk pengguna feri berkenaan apabila Teik Cheng mengumumkan perkhidmatan itu percuma selama dua minggu mulai awal tahun depan.

Bermula 1 Januari tahun depan, katanya perkhidmatan feri bagi penumpang, motosikal dan basikal akan dikendalikan oleh SPPP.

“Perkhidmatan feri untuk motosikal dan basikal menggunakan feri sedia ada.

“Operasi perkhidmatan feri bagi motosikal dan basikal antara Pangkalan Sultan Abdul Halim dan Pangkalan Raja Tun Uda.

“Perkhidmatan feri untuk kenderaan empat tayar tidak akan disediakan mulai 1 Januari 2021,” jelasnya.

Perkhidmatan feri bagi penumpang pula Teik Cheng memaklumkan ia menggunakan bot laju selaras dengan kenyataan daripada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong.

“Ini bagi memastikan perkhidmatan feri dapat terus beroperasi kepada pengguna pada masa hadapan dengan lebih efisyen.

“Operasi perkhidmatan feri bagi penumpang antara Terminal Pangkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth dan Terminal Pelayaran Swettenham Pier di sebelah pulau.

“Perkhidmatan bas shuttle memudahkan penumpang feri meneruskan perjalanan mereka untuk menaiki bas atau teksi di Pangkalan Raja Tun Uda,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");