Perak Hari Ini

Henti Spekulasi Dan Khabar Angin – Saarani

IPOH – UMNO Negeri Perak memandang serius pelbagai spekulasi dan khabar angin berikutan beberapa kenyataan yang dikeluarkan di luar saluran parti berhubung senario politik Perak.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Saarani Mohamad, berkata beliau meminta semua pihak berada dalam keadaan bertenang.

“Jangan membuat andaian berikutan kenyataan-kenyataan yang dibuat tanpa bersandarkan keputusan rasmi parti.

“Sebarang kenyataan rasmi parti berhubung perkembangan proses pembentukan kerajaan negeri.

Pada masa sama, Saarani Mohamad berkata, kenyataan berkenaan hanya akan dikeluarkan melalui pejabat Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak.

Walaupun keyataan tidak menyatakan secara jelas, namun ia dipercayai merujuk kepada spekulasi calon Menteri Besar Perak baharu yang dicalonkan oleh UMNO.

Sebelum ini sebuah laman berita melaporkan Shahrul Zaman antara nama yang dicalonkan UMNO negeri sebagai Menteri Besar Perak yang baharu selain Saarani dan Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Dilaporkan juga sehingga kini, semua pimpinan UMNO termasuk Presiden Parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak memberikan komen berkenaan siapa calon UMNO bagi Menteri Besar Perak yang seterusnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");