Panasnya Hari Ini

Pas tolak kerajaan baharu Perak, ADUN DAP enggan terima MB Umno

Pas enggan menyertai kerajaan baharu negeri Perak yang akan dibentuk sekali gus mengulangi pendirian awal parti itu kelmarin.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata kerjasama Pas dengan Umno melalui Muafakat Nasional (MN) akan diteruskan di Perak dan peringkat nasional.

Menurutnya, mengenai situasi di Perak, hal tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat majlis pimpinan tertinggi kedua-dua parti.

“MN akan bermesyuarat dalam waktu terdekat mengenai perkembangan semasa isu di Perak.

“Buat masa ini belum ada apa-apa rundingan di antara Umno dan Pas mengenai perkara berkenaan, walaupun kita ada dengar Umno meminta kita untuk terus bersama mereka,” dipetik BH, hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pokok Assam, Leow Thye Yih mengajak ADUN parti itu di Perak untuk menolak calon daripada Umno sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

Tegasnya, beliau juga tidak akan menyokong mana-mana calon daripada Umno sebagai Menteri Besar.

“Saya berharap dan meminta rakan-rakan seperjuangan, khasnya ADUN DAP Perak menyokong pendirian saya dan seterusnya menolak mana-mana calon daripada Umno sebagai Menteri Besar Perak berikutnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pendirian Thye Yih itu dilihat bercanggah dengan reaksi Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang sebelum ini berkata, parti tersebut akan memberi kerjasama bagi membentuk kerajaan negeri baharu yang lebih stabil demi kepentingan rakyat.

PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH) turut berpandangan sama.

Daripada keseluruhan 59 kerusi DUN Perak, Umno memiliki 25 kerusi, diikuti DAP (16), Bersatu (5), AMANAH (5), PKR (3), PAS (3), Gerakan (1) dan seorang ADUN Bebas.-MalaysiaDateline

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");