Berita Hari Ini

Lima Syarikat Telekomunikasi Dikeluarkan 15 Kompaun, Denda RM750,000

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan sebanyak 15 kompaun bernilai RM750,000 pada 4 Disember lalu kepada lima syarikat telekomunikasi atas kesalahan pendaftaran kad sim prabayar tanpa membuat pengesahan maklumat pengguna.

Kosmo Online melaporkan SKMM berkata, tindakan tersebut diambil berdasarkan kepada audit yang dijalankan oleh pihaknya di Pahang, Kelantan dan Terengganu sekitar bulan Ogos dan Oktober tahun lepas.

Menurut SKMM, dengan pengeluaran kompaun terbaru itu menjadikan jumlah kompaun yang dikeluarkan sepanjang tahun ini adalah sebanyak 70 kompaun bernilai RM3.45 juta.

“Jumlah berkenaan adalah 16 peratus lebih tinggi berbanding dengan 58 kompaun bernilai RM2.9 juta yang dikeluarkan pada tahun 2019 bagi kesalahan yang sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut SKMM, jumlah kompaun tertinggi dikenakan terhadap syarikat Digi Telecommunications Sdn. Bhd. dengan lima kompaun bernilai RM250,000.

Katanya, ini diikuti Maxis Broadband Sdn. Bhd. dengan sebanyak empat kompaun bernilai RM200,000 manakala U Mobile Sdn. Bhd. pula ditawarkan tiga kompaun bernilai RM150,000.

“Seterusnya, Tune Talk Sdn. Bhd. dan YTL Communications Sdn. Bhd. masing-masing dikenakan dua kompaun bernilai RM100,000 dan satu kompaun bernilai RM50,000,” katanya

SKMM berkata, tindakan itu diambil berdasarkan kepada audit yang dijalankan oleh pihaknya di Pahang, Kelantan dan Terengganu sekitar bulan Ogos dan Oktober tahun lepas.

Katanya, kesalahan pendaftaran kad sim prabayar tanpa membuat pengesahan maklumat pengguna merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 127 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");