Perak Hari Ini

MAIPk Lancar Kad Prabayar Visa Gopayz-MAIPk Tawar Kewangan Mesra Muslim

IPOH – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) melancarkan produk terbaharu di pasaran iaitu Kad Prabayar Visa GoPayz-MAIPk yang menawarkan perkhidmatan kewangan mesra muslim melalui laman Facebook MAIPk iaitu Zakat Perak-MAIPk dan Waqaf Perak Ar-Ridzuan.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari berkata, pelancaran produk berkenaan juga tepat pada masanya, di mana pihaknya berusaha meminimakan pergerakan fizikal dengan mengutamakan transaksi dalam talian

Katanya, inisiatif baharu ini memfokuskan semangat ta’awun (bantu membantu) di mana MAIPk dan masyarakat saling bekerjasama secara tidak langsung bagi mengumpulkan dana wakaf tunai serta mewujudkan projek wakaf berdaya saing.

“Ia bertujuan membantu masyarakat Islam dengan menawarkan suatu produk kewangan digital terkini dengan pematuhan syariah untuk berbelanja dan menunaikan ibadah rukun dan sunat (muamalah) secara mudah.

“MAIPk sentiasa komited memperkasakan pembangunan ekonomi dan sosial umat Islam khususnya menerusi medium zakat dan wakaf”, katanya dalam satu kenyataan media.

Pada masa sama, Shahrul berkata, kad prabayar berkenaan boleh didapati secara fizikal ataupun maya, dikeluarkan oleh MAIPk dengan kerjasama GoPayz, iaitu e-wallet universal yang dibangunkan oleh U Mobile

Tambahnya, ciri keselamatan kad berkenaan mengikut peraturan yang digariskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan ianya dipertingkatkan lagi melalui aplikasi GoPayz, di mana pemegang kad boleh menyekat pengunaan kad melalui aplikasi GoPayz sekiranya kehilangan kad atau terdapat sebarang transaksi meragukan.

“Setiap perbelanjaan di premis terpilih akan membolehkan pelanggan mengumpul mata ganjaran yang akhirnya akan ditukarkan kepada hasil wakaf tunai.

“Pengguna juga boleh mendapat mata ganjaran (GoPointz) bagi transaksi Zakat, Wakaf Tunai dan Derma dengan MAIPk serta mata ganjaran (GoPointz) dengan syarikat atau premis lain yang terpilih’, katanya.

Pengguna yang memohon Kad Prabayar Visa GoPayz-MAIPk (Ta’awun) dari sekarang sehingga 31 Disember 2020 boleh mendapat kad tersebut secara percuma di semua cawangan MAIPk seluruh Negeri Perak terhad kepada 2,500 unit terawal.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.maiamp.gov.my atau www.gopayz.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");