Perak Hari Ini

Naib Ketua PKR Cabang Gopeng Sertai Bersatu.

IPOH – Bekas Naib Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Gopeng, Selvam Punjambu bersama dua (2) ahli jawatankuasa PKR Gopeng, S. Chemetri dan S. kiritaran serta 400 ahli berkenaan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai ahli bersekutu hari ini.

Selvam Punjambu berkata, beliau telah berjuang dan berkhidmatan di PKR selama 18 tahun dan beliau melihat satu ruang yang baik di parti BERSATU.

“Saya telah membawa borang kemasukan ahli seramai 400 orang dibawah bahagian gopeng.

“Process kemasukan ahli akan berjalan dan akan mengajak seramai mungkin bangsa india bagi menyokong BERSATU”, katanya dalam satu sidang media di Kompleks Silverittage, Gopeng, hari ini.

Turut hadir, Ketua Bahagian BERSATU Gopeng, Ahmad Ishak dan Ketua Srikandi BERSATU bahagian Gopeng, Norazlina Jhaffar, bersama

Pada masa sama, beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengerusi BERSATU negeri Datuk seri Ahmad Faizal Azumu atas kesudian menerimanya menyertai parti berkenaan.

Katanya, dengan jawatan yang dipegangnya sebagai ketua bersekutu BERSATU bahagian Gopeng beliau akan berjuang dan membantu rakyat di kawasan berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");