Panasnya Hari Ini

PAS Arah ADUN menghadap Sultan Perak

SHAH ALAM – PAS mengarahkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu di Perak supaya hadir menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Memetik Sinar Harian, Setiausaha Agung parti, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, mereka perlu hadir setelah menerima Titah Menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak.

“PAS sebagai sebuah parti yang sentiasa menghormati dan menjunjung kedaulatan institusi beraja sentiasa memastikan selayaknya sebarang urusan yang berkaitan dengannya perlu ditekuni penuh teliti dan beradab.

“Adapun dalam hal kehadiran ke Istana Perak, disebabkan PAS tidak mahu terkhilaf dalam membuat keputusan terutama jika ia bersabit dengan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan, maka PAS mengarahkan semua ADUN PAS untuk hadir ke Istana setelah menerima Titah Menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak.

“PAS akan berusaha dan berikhtiar bersama rakan parti Perikatan Nasional (PN) untuk menyelesaikan kemelut politik Perak secara berhemat dan terbaik demi masa depan agama, bangsa dan negara,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Semalam, PAS membatalkan hasrat untuk menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta berikutan kemelut politik yang berlaku negeri itu.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, dilaporkan berkata, keputusan pembatalan itu dibuat atas arahan pucuk pimpinan parti.

Selain ADUN Gunong Semanggol itu, dua lagi ADUN PAS ialah ADUN Selama, Mohd Akmal Kamaruddin dan ADUN Kubu Gajah, Khalil Yahaya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");