Perak Hari Ini

PAS Serah SD kepada Sultan Perak

IPOH – Kemelut politik di Perak dijangka berakhir dengan penandatanganan SD bersetuju untuk menyokong perlantikan Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak yang baru.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, pihaknya telah mendapat satu kata sepakat oleh pucuk pimpinan di peringkat negeri dan menzahirkan apa diputuskan oleh ketiga-tiga Presiden Presiden Perikatan (PN) Berkenaan.

“Kita cuma membawa mandat berkenaan kepada Tuanku yang telah diputuskan oleh ketiga-tiga presiden PN yang bermesyuarat tadi

“Kita tunggu pihak Istana atau mana-mana pihak yang mengesahkan bilangan,” katanya setelah menghadap Sultan Perak, Di Istana Kinta sebentar tadi.

Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS iaitu Razman Zakaria (Gunong Semanggol); Mohd Akmal Kamaruddin (Selama) dan Khalil Yahaya (Kubu Gajah) keluar dari perkarangan Istana Kinta di Ipoh setelah menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah kira-kira jam 4.50 petang tadi.

Terdahulu, Majlis menandatangani persetujuan pelantikan tersebut diadakan di Hotel Impiana Ipoh dengan disaksikan oleh peguam.

BERSATU, PAS dan UMNO bersetuju mencadangkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad, sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

Persetujuan itu dicapai dalam pertemuan yang dihadiri Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Perdana Menteri, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");