Sukan Hari Ini
Like

Penyerang JDT cedara, bayi 22 hari dan ibu mertua maut

December 6, 2020
483 Views
0 Comments
1 minute read
Penyerang JDT cedara, bayi 22 hari dan ibu mertua maut

Penyerang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) Muhammad Syafiq Ahmad, 25, kehilangan bayi lelakinya berusia 22 hari selepas mengalami kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap awal pagi tadi.

Turut maut ibu mertuanya, Zainab Wahab, 45, dan warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an dalam kemalangan yang melibatkan kereta jenis Toyota Vellfire berwarna hitam.

Pemain skuad Harimau Malaya itu dan seorang lagi anak perempuannya, Aaira Nur Saffiyya, 2, cedera ringan manakala isteri beliau, Nur Amalina Nur Ain, 25, dilaporkan cedera parah.

Difahamkan, isteri beliau berada di zon merah Hospital Seberang Jaya setelah dipindahkan dari Hospital Sungai Bakap.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Toyota Vellfire berwarna hitam digunakan remuk teruk selepas dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.36 pagi dan tiba di lokasi kurang 10 minit kemudian.

“Terdapat enam mangsa iaitu tiga dalam keadaan selamat manakala tiga lagi tersepit di dalam kenderaan itu. Pasukan bomba kemudian membuat kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas,” katanya.

Menurut beliau, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 6.10 pagi.

“Tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Komen & Pendapat

Comments are closed.