Perak Hari Ini

Perak sasar 5 juta pelancong

IPOH: Kerajaan negeri menyasarkan kedatangan pelancong antara tiga hingga lima juta orang tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, sehubungan itu, kerajaan negeri memperuntukkan RM25.9 juta bagi usaha pemulihan dan memaksimumkan potensi industri pelancongan.

Beliau berkata, kepada Tourism Perak, kerajaan negeri memperuntukkan RM7 juta meliputi RM1 juta anggaran terimaan cukai pelancongan daripada kerajaan Persekutuan.

“Perbadanan Taman Negeri pula menerima geran tahunan sebanyak RM3.5 juta, Geopark Lembah Kinta RM0.8 juta, pengurusan Bukit Larut RM1.0 juta, pengurusan Taman Botani Taiping RM0.3 juta dan lain-lain program pelancongan RM1.7 juta,” katanya dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2021 dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalam.

Menurut Saarani, bagi tahun 2021, kerajaan negeri meneruskan kempen pelancongan domestik dengan menyediakan 10,000 keping baucar pelancongan #TravelPerakLah yang bernilai RM150, RM50 dan RM30 melibatkan pengusaha penginapan serta pengusaha produk pelancongan terpilih.

Beliau berkata, inisiatif itu bagi merancakkan semula serta mengembalikan keyakinan pelancong domestik untuk terus melancong ke Perak.

“Kejayaan inisiatif ini dapat dilihat yang mana sehingga September 2020, 96,407 buah bilik ditempah melibatkan 65 buah hotel di tujugh buah daerah,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan negeri melancarkan Geotourism Vouchers pada 16 Oktober 2020 bertujuan mempromosi destinasi geotapak di bawah Geopark Lembah Kinta.

Di samping itu, katanya, sebagai inisiatif keselamatan sektor pelancongan domestik, kerajaan negeri mewujudkan Jawatankuasa Pematuhan Amalan Baik Produk Pelancongan Negeri Perak Pasca Covid-19 yang turut dianggotai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan untuk mengembalikan keyakinan pelancong.

“Lanjutan daripada inisiatif ini, kerajaan negeri berbesar hati memberi RM10,000 bantuan secara one-off kepada 12 persatuan dan NGO atas sumbangan membantu memajukan sektor pelancongan di negeri ini.

“Sebagai kerajaan negeri yang prihatin terhadap penggiat industri yang terkesan akibat pandemik Covid-19, bantuan insentif one-off RM700 diberikan kepada 300 pemandu pelancong yang berdaftar dalam negeri perak serta RM2,000 kepada 200 syarikat agensi pelancongan dan pengembaraan berdaftar,” katanya.

— Utusan Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");