Perak Hari Ini

PH Tidak Letak Calon MB Perak

IPOH- Pakatan Harapan (PH) tidak menamakan calon Menteri Besar Perak dari pihaknya setelah menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bagi

Perkara berkenaan telah disahkan oleh Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Datuk Asmuni Awi.

“Kami tidak kemukakan sebarang calon,” jawabnya ringkas kepada pemberita di luar perkarangan Istana Kinta, di sini, hari ini.

Terdahulu beliau bersama- sama Pemimpin Pakatan Harapan (PH) Perak, Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Pengerusi DAP Perak, Nga Koh Meng Menghadap Sultan Perak sekitar satu jam di Istana Kinta.

Ketika ditanya pemberita samada PH bersedia memberi sokongan kepada ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad, masing-masing mengunci mulut dan tersenyum sinis.

Dalam pada itu, Farhash enggan mengulas lebih lanjut berkenaan menghadap Sultan Perak oleh pemimpin PH.

“Kami tidak boleh beri sebarang komen kerana situasi sentiasa berubah, kami disini hanya untuk menyampaikan maklumat terkini kepada Tuanku,” katanya.

Sementara itu, Nga Koh Meng berharap agar semuanya berjalan dengan lancar.

Pemimpin Pakatan Harapan (PH) Perak, Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Pengerusi DAP Perak, Nga Koh Meng di lihat menaiki kenderaan berasingan tiba di Istana Kinta di sini pada jam 2.55 petang bagi menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

Kemudiannya, disusuli Pengerusi Parti Amanah (Amanah) Perak, Datuk Asmuni Awi pada 3.05 petang.

Ketiga pemimpin berkenaan dipercayai menghadap sembah maklum bagi situasi politik negeri ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");