Berita Hari Ini

Bebas Tengku Adnan perbuatan khianat, kata tokoh wartawan negara

Tindakan membebaskan tanpa dilepaskan bekas Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor disifatkan sebagai perbuatan khianat juga.

“Ini pun perbuatan khianat juga kerana banyak duit negara (bersamaan duit rakyat jelata) dan tenaga kakitangan awam habis siasat dan tuduh ketua Umno ini.

“Banyak masa Hakim dan kakitangan mahkamah habis bagi membicarakan beliau.

“Tiba-tiba Pejabat Peguam Negara tarik balik kes,” tulis tokoh wartawan negara, Datuk A Kadir Jasin.

Katanya, Peguam Negara yang baru ini (Idrus bin Azizan Harun), adalah lantikan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Lepas itu adik dia, Azhar (Datuk Azhar Harun), dilatik pula jadi Yang di-Pertuan Dewan Rakyat,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau bertanya, apa berlaku kepada kes pengakuan taukeh hartanah yang telah membuat pengakuan memberikan rasuah kepada Tengku Adnan dan dikenakan denda RM1.5 juta.

“Apa hal dengan pengakuan mahkamah oleh tauke Tan Boon Eng September lalu yang dia bagi rasuah RM1 juta kepada Adnan?

“Mahkamah denda dia RM1.5 juta atas kesalahan itu,” kata bekas Penasihat Media Perdana Menteri itu.

Kelmarin, hakim Mahkamah Ting berkata, Pendakwa Rakyat tarik balik tuduhan pasal ada perkembangan baru.

“Kita nak tahu juga apa perkembangan itu.

” Kena bagi tahu. Kalau tidak orang ramai mungkin sangka ada kena mengena dengan kerajaan tebuk atap yang terumbang-ambing sekarang,” kata beliau.-MalaysiaDateline

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");