Panasnya Hari Ini
Like

Rakyat Mahu Larangan Bertanding Pilihanraya Terhadap Ahli Parlimen Lompat Parti

December 14, 2020
376 Views
0 Comments
1 minute read
Rakyat Mahu Larangan Bertanding Pilihanraya Terhadap Ahli Parlimen Lompat Parti

PETALING JAYA – Satu kaji selidik ke atas 1,109 responden mendapati 43 peratus daripada mereka berpandangan Ahli Parlimen lompat parti perlu dilarang bertanding pada pilihan raya akan datang.

Kosmo Online melaporkan, kaji selidik oleh Pusat Kajian Pentadbiran dan Politik (Cent-GPS) itu juga mendapati 53 peratus daripada responden terbabit percaya krisis politik berlaku disebabkan Ahli Parlimen lompat parti.

“Ia menyebabkan 46 peratus daripada mereka hilang minat dengan politik,” kata Cent-GPS dalam satu kenyataan.

Kaji selidik tersebut bagi meninjau pandangan pengundi Malaysia berkaitan amalan lompat parti dan Akta Anti Lompat Parti.

Ia dijalankan selama tiga minggu bermula 19 November sehingga 10 Disember lalu melibatkan 56 peratus responden wanita dan 44 peratus lelaki daripada pelbagai peringkat umur serta latar belakang.

Kaji selidik tersebut mendapati 52 peratus responden bimbang dengan isu lompat parti Ahli Parlimen dan seramai 72 peratus responden menyedari kewujudan Ahli Parlimen yang lompat parti.

Bagaimanapun, hanya 14 peratus responden berkata tindakan lompat parti Ahli Parlimen memberi kesan langsung kepada mereka dan 34 peratus responden percaya kerusi Ahli Parlimen lompat parti perlu dilucutkan serta merta.

Kaji selidik itu juga mendapati 14 peratus responden mahu Ahli Parlimen terlibat didenda dan lapan peratus daripada mereka percaya Ahli Parlimen berkaitan perlu dipenjara.

“Seramai 36 peratus responden mengaku faham tentang Akta Anti Lompat Parti dan 50 peratus responden percaya Malaysia perlu melaksanakan Akta Anti Lompat Parti,” kata kenyataan itu. 

Komen & Pendapat

Comments are closed.