Berita Hari Ini
Like

Turki Sahkan Vaksin China Berkesan

December 26, 2020
306 Views
0 Comments
56 seconds read
Turki Sahkan Vaksin China Berkesan

BEIJING – Turki mengesahkan vaksin COVID-19 yang dibangunkan China terbukti selamat dan berkesan memberi perlindungan sekali gus membolehkan program vaksinasi dimulakan. 

Bernama melaporkan Menteri Kesihatan negara itu, Fahrettin Koca dalam sidang media pada Khamis berkata, vaksin keluaran syarikat farmaseutikal China, Sinovac Biotech didapati mempunyai tahap keberkesanan 91.25 peratus untuk mencegah jangkitan virus berkenaan dan tidak menyebabkan tindak balas bahaya.

Keputusan itu dibuat berdasarkan analisis awal terhadap data dikumpul menerusi ujian klinikal vaksin percubaan membabitkan sukarelawan.

Difahamkan, kumpulan pertama bekalan vaksin China sebanyak tiga juta dos dijangka tiba di Turki dalam masa terdekat.

Program vaksinasi fasa pertama akan dilakukan menyasar seramai sembilan juta orang dengan keutamaan kepada golongan berisiko tinggi dijangkiti seperti petugas perubatan.

Komen & Pendapat

Comments are closed.