Perak Hari Ini

UMNO Yakin Ada Majoriti Di Perak – Zahid

IPOH – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengesahkan bahawa partinya cukup bilangan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bagi melantik Menteri Besar sekaligus membentuk sebuah kerajaan baru di negeri ini.

Katanya, setakat ini beliau telah persembahkan nama dan berasa yakin dengan majoriti sokongan berkenaan lebih daripada mencukup.

“Majoriti… InsyaAllah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, di Istana Kinta, di sini, hari ini.

Walau bagaimanapun beliau masih enggan mendedahkan nama calon Menteri Besar yang dipersembahkan kepada Baginda.

Pada masa sama,Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menegaskan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) harus di pertahankan dalam pembentukan kerajaan Perak.

“Saya telah menyatakan seboleh mungkin PN perlu dipertahankan. Ertinya pembentukan kerajaan itu adalah antara UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS,” katanya.

Semalam, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno bersetuju sebulat suara Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Saarani Mohamad dicalonkan sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

Perkara itu disahkan ahli MKT Datuk Zahidi Zainul Abidin yang berkata pencalonan Saarani dipersetujui sebulat suara.

Kemelut politik negeri ini bermula selepas bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), gagal memperoleh sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul keyakinan ADUN terhadap menteri besar yang dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Jumaat lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");