Perak Hari Ini

Sultan Perak Titah ADUN BERSATU, PAS Menghadap Hari Ini – Annuar Zaini

IPOH – Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah menitahkan untuk memanggil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS untuk menghadap di Istana Kinta, hari ini. 

Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata ia berhubung bagi meyakinkan Baginda tentang bilangan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentuk sebuah kerajaan negeri yang baharu. 

Katanya Sultan Perak perlu mendengar pendirian ADUN-ADUN daripada dua parti tersebut berhubung perkara itu. 

“Baginda perlu diyakinkan bahawa perkara dipersembahkan perlu dibuktikan terlebih dahulu. Oleh kerana itu, selanjutnya Baginda telah menitahkan ADUN-ADUN BERSATU dan PAS untuk menghadap pada bila-bila masa hari ini. 

“Istiadat angkat sumpah jawatan Menteri Besar pula hanya akan dilaksanakan setelah Tuanku yakin sudah ada majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan negeri. 

“Jadi kita sedang menunggu wakil-wakil kalangan ADUN BERSATU dan PAS pada bila-bila masa daripada sekarang,” katanya ketika ditemui pemberita di luar perkarangan Istana Kinta, di sini tadi. 

Dalam pada itu Mohd Annuar berkata Baginda telah selesai menerima menghadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad di Istana Kinta hari ini. 

Ahmad Zahid tiba di perkarangan Istana Kinta sekitar jam 9.50 pagi tadi bagi menyembah maklum kepada Sultan Perak berkenaan situasi terkini politik di Perak dan selesai kira-kira jam 10.30 pagi. 

Semalam di Ibu Negara, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju sebulat suara agar Saarani dicalonkan sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

Perkara itu disahkan ahli MKT Datuk Zahidi Zainul Abidin yang berkata pencalonan Saarani dipersetujui sebulat suara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");