Berita Hari Ini

Adakah kita bazir 16 hari dalam PKP ‘separuh masak’, soal Najib

Setelah 16 hari perintah kawalan pergerakan (PKP) kedua berkuat kuasa, Najib Razak mempersoalkan keberkesanannya dalam membendung pandemik Covid-19 kerana jumlah kes masih tinggi.

“Adakah kerajaan memaksa rakyat membazir 16 hari dengan melaksanakan PKP yang kurang efektif memandangkan begitu banyak kelonggaran diberi?

“Kini, kita masih ada baki tujuh hari sebelum PKP 2.0 dijangka berakhir pada 4 Feb. Adakah kita mampu turunkan jangkitan baru Covid pada hari itu?” soalnya dalam catatan di Facebook.

Bekas perdana menteri itu mendapati 4,094 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu dan 3,680 kes dilaporkan sehari sebelumnya, dengan ramai yang tertanya-tanya sejauh mana PKP berkesan.

Najib mengulas tinjauan pendapat Astro Awani yang menunjukkan 76% daripada 45,000 responden merasakan PKP yang sedang dilaksanakan kini lemah.

PKP dilaksanakan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Johor, Kelantan dan Sabah sehingga 4 Feb.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");