Berita Hari Ini

Polis tidak kompromi, penganjur edar ayam beku didenda

Penganjur program mengedar ayam beku percuma yang diadakan pada Jumaat dikenakan tindakan denda oleh polis Putrajaya hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, Mohd Fadzil Ali program yang dianjurkan oleh Pemuda Umno Putrajaya tidak mendapat kelulusaan pihak polis ketika berada di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP)

Katanya, pengedaran ayam beku dilakukan secara pandu lalu dan telah mengakibatkan kesesalan lalu lintas dengan kehadiran ramai orang di lokasi program.

“Hasil pemeriksaan pihak polis mendapati penjarakan fizikal sukar dilaksanakan dalam kalangan hadirin serta Prosedur Operasi Standard (SOP) gagal dipatuhi oleh pihak penganjur dan orang awam yang hadir,” katanya.

Menurut Mohd Fadzil penganjur dikompaun di bawah Seksyen 22 (B) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang menyenaraikan kesalahan umum di bawah Akta tersebut.

Dalam satu kenyataan, katanya Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu dalam menguatkuasakan undang-undang sepanjang PKP ini.

“Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi segala arahan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan bagi tujuan membendung seterusnya memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 ini,” katanya.

Terdahulu, satu poster yang tersebar memaklumkan Pemuda Umno mengadakan program tersebut pada Jumaat bermula jam 4.00 petang hingga 6.00 petang dan terhad kepada 1000 penerima sahaja.

Program tersebut diadakan di hadapan Rumah Perlindungan Kucing Presint 9 Putrajaya dan diedarkan secara pandu lalu.

Gambar kesesakan lalu lintas menunjukkan kereta dan motosikal beratur panjang untuk mendapatkan ayam beku percuma tular di media sosial. Ini telah mencetuskan kebimbangan netizen mengenai kluster Covid-19 baru digelar ‘kluster ayam beku’.-MalaysiaDateline

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");