Berita Hari Ini

772,900 orang menganggur setakat Disember lalu

Pengangguran di negara ini meningkat kepada 772,900 orang dengan kadar 4.8 peratus setakat Disember tahun lalu, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Bagaimanapun Ketua Perangkawan Malaysia, Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata bilangan penduduk yang bekerja meningkat sedikit berbanding bulan-bulan sebelumnya disebabkan langkah kerajaan membenarkan ekonomi beroperasi.

“Justeru bilangan penduduk bekerja pada Disember 2020 meningkat 0.1 peratus bulan ke bulan bersamaan dengan 193,000 orang kepada 15.22 juta orang setelah mencatatkan penurunan marginal pada bulan sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pekerja dalam sektor perkhidmatan terus mencatatkan trend meningkat terutama dalam aktiviti perdagangan borong dan runcit, kesihatan, kemanusiaan dan kerja sosial, maklumat, komunikasi dan pendidikan.

“Walau bagaimanapun guna tenaga kerja dalam industri berkaitan pelancongan seperti penginapan dan perkhidmatan makanan; pengangkutan dan penyimpanan; serta kesenian, hiburan dan rekreasi terus menurun yang mencerminkan kesan pandemik kepada industri terbabit.

“Guna tenaga dalam sektor pembuatan terus merekodkan pertumbuhan positif pada Disember 2020, manakala sektor pertanian dan perlombongan dan pengkuarian kekal dalam trend negatif bagi bulan kelima. Begitu juga sektor pembinaan turut mencatatkan penurunan bulan ke bulan,” katanya.

Tambah Mohd Uzir keadaan pasaran buruh pada Disember 2020 yang masih dipengaruhi krisis kesihatan dan kesan ekonomi telah memperlahankan momentum pemulihan pasaran buruh.

Justeru pasaran buruh pada Disember kekal kompetitif dengan bilangan tenaga buruh meningkat seramai lebih 27,000 orang kepada 15.99 juta orang.

Kadar Penyertaan Tenaga Buruh (KPTB) pada Disember adalah pada 68.4 peratus.

Bagi suku ke empat 2020 pula, Mohd Uzir berkata keadaan pasaran buruh bertambah baik secaar beransur-ansur susulan pembukaan ekonomi.

“Keadaan pasaran buruh bertambah baik secara beransur-ansur dengan tenaga buruh dan guna tenaga terus meningkat berbanding suku sebelumnya, masing-masing mencatatkan 15.92 juta orang dan 15.16 juta orang,” katanya.-MKini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");