Berita Hari Ini

Peguam Negara ‘maha berkuasa’, Tok Mat desak reformasi

 Buku “My Story: Justice in the Wilderness” tulisan Tommy Thomas memaparkan betapa ‘maha berkuasanya’ seorang Peguam Negara dan institusi itu, kata Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.

Melihat kepada kuasa yang terlalu besar dimiliki seorang Peguam Negara, beliau menggesa kerajaan melakukan reformasi bagi mengehadkan kuasa jawatan itu.

“Perincian segala peristiwa yang dinyatakan dalam buku tersebut memaparkan betapa meluasnya pengaruh Peguam Negara serta jabatannya dalam pentadbiran undang-undang negara,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut mencadangkan kerajaan melakukan dua reformasi penting.

Mohamad berkata, Malaysia mesti mempunyai kaedah lebih telus, berwibawa dalam pelantikan seorang Peguam Negara, bukan hanya kuasa mutlak perdana menteri dalam melantik individu berkenaan.

“Pelantikan Peguam Negara sebagai prerogatif mutlak seorang perdana menteri wajar dinilai semula. Lebih merisaukan bila pencalonan datang dari individu tertentu yang berkepentingan dan melalui perbualan dengan perdana menteri seperti ditulis oleh (bekas perdana menteri) Dr Mahathir Mohamad sendiri.

“Malaysia mesti mempunyai tatacara pelantikan yang menepati segala ciri ketelusan dan kompetensi bagi jawatan berkepentingan awam dengan kuasa yang luar biasa seperti Peguam Negara,” katanya.

Mohamad berkata, yang kedua reformasi juga perlu dilakukan bagi memastikan kuasa individu mesti dihadkan termasuk pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan pendakwa raya.https://121d92047df94c652599e02abefcf32d.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-37/html/container.html

“Mungkin wajar untuk kerajaan mempertimbangkan pemisahan peranan tersebut dengan melantik Peguam Negara dan pendakwa raya bagi menjalankan fungsi berbeza.

“Walaupun saya realistik bahawa meminda perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan memerlukan sokongan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat dan adalah sukar, namun persediaan ke arah matlamat tersebut mesti dilakukan demi pelaksanaan dan pentadbiran undang-undang yang dihormati dan berwibawa,” katanya.

Buku tulisan Thomas mengundang kontroversi sehingga menyebabkan bekas Peguam Negara itu berdepan siasatan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat berkata, kertas siasatan dibuka selepas polis menerima satu laporan daripada bekas pegawai penyelidik kanan di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Mohamad Hanafiah Zakaria semalam.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");