Panasnya Hari Ini
Like

Zahid Hamidi sakit hati!

February 18, 2021
6 Views
0 Comments
2 minutes read
Zahid Hamidi sakit hati!

PRESIDEN UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa kecewa apabila ada dalam kalangan ibu bapa terpaksa bertindak di luar batasan demi menyediakan peranti atau gajet untuk anak-anak yang mengikuti kelas online di rumah.

Luahan Ahmad Zahid yang juga seorang ayah dinyatakannya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Berikut adalah catatan Ahmad Zahid:

Sakit hati dengar berita radio pagi tadi ada ibu bapa meminjam ah long untuk beli komputer riba bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Sakit hati bukan disebabkan perbuatan ibu bapa terbabit. Kita simpati dengan keadaan mereka. Yang buat sakit hati mengapa situasi ini boleh terjadi.

Jika melibatkan pinjaman lintah darat untuk hal perniagaan dari dulu kerap didengari. Itu permasalahan yang kita sejak dulu berusaha tangani dari semasa ke semasa.

Tetapi ini melibatkan perkara paling asas iaitu pendidikan. Pendidikan yang tidak sepatutnya menyusahkan kini seolah-olah satu beban kewangan besar kepada ibu bapa.

Lebih menyakitkan hati selepas pelbagai pengumuman demi pengumuman mengenai bantuan untuk rakyat dibuat, tetapi permasalahan `sebasic’ ini yang berlaku.

Adakah pihak bertanggungjawab terlepas pandang mengenai nasib keluarga sebegini atau apa yang banyak diumumkan sekadar fatamorgana?

Saya cuba meletakkan diri berada dalam situasi sukar ibu bapa berkenaan. Mungkinkah mereka kehilangan pekerjaan atau dipotong gaji ketika ekonomi tenat?

Atau mungkinkah ibu bapa terbabit memiliki ramai anak yang bersekolah? Mahu tidak mahu ibu bapa ini perlu juga menyediakan tambahan gajet.

Dalam situasi sukar dan kekurangan wang, ibu bapa terbabit meminjam daripada ah long sedangkan mereka tahu kesannya amat besar.

Meminjam dalam jumlah yang kecil tetapi berdepan kadar faedah bulanan yang tinggi. Akhirnya menjerat diri dalam kancah yang membahayakan.

Saya seru pihak berkuasa memandang serius ini. Kita bimbang masalah ini akan memudaratkan dan menimbulkan masalah yang lebih besar selepas ini.

Bukan hanya ekonomi dan negara perlu diselamatkan bahkan rakyat juga.-SM

Comments are closed.