Berita Hari Ini

Aktiviti pusat hiburan tertinggi ingkar SOP PKP

Individu yang mengunjungi pusat hiburan antara tertinggi ditahan polis atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) semalam.

Perkara itu dinyatakan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila ia merekodkan seramai 144 daripada keseluruhan 442 individu yang ditahan dalam Task Force Pematuhan.

Beliau berkata, kesalahan lain ialah 88 individu tidak menjaga penjarakan fizikal, 80 gagal menyediakan peralatan atau merekodkan diri dan pelanggan serta 71 tidak memakai pelitup muka.

Katanya, polis juga merekodkan kesalahan bagi individu yang cuba merentas daerah atau negeri tanpa kebenaran seramai 38 orang dan lapan lagi tindakan dikenakan ke atas premis yang beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran.

“Daripada jumlah tahanan itu, 430 dikenakan kompaun, 11 lagi direman dan seorang dijamin,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mengenai kawalan sempadan, Ismail Sabri berkata, seramai 33 pendatang asing tanpa izin (Pati) telah ditangkap dalam Operasi Benteng, dengan empat kenderaan darat dirampas.

Dalam operasi itu, menurutnya, pihak berkuasa turut mengesan 102 bot atau kapal di perairan negara dan sembilan kenderaan darat melalui 12 aktiviti penglihatan.

“Selain itu, empat Pati turut diusir menerusi dua aktiviti pengusiran.

“Operasi ini melibatkan polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi keselamatan lain yang turut menjalankan 264 Sekatan Jalan Raya (SJR) semalam. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");