Berita Hari Ini

Bayaran tunai haji tahun ini belum ditetapkan

Bayaran yang akan ditanggung bakal jemaah haji bagi tahun ini masih belum ditetapkan walaupun kos mengerjakan haji meningkat kira-kira 9%, kata Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH) Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata antara faktor peningkatan kos itu adalah berikutan caj cukai nilai tambah yang dinaikkan kerajaan Arab Saudi daripada 5% kepada 15% pada Julai 2020.

“Kos haji pada ketika ini, bukan bayaran haji (yang ditanggung bakal jemaah) dengan mengambil kira percukaian dan sebagainya adalah RM25,000 tetapi ini belum mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, penjarakan fizikal dan sebagainya yang mungkin memberi impak kepada kos.

“Pelaksanaan haji pada tahun ini belum mendapat kata putus daripada kerajaan Arab Saudi. Kita belum tetapkan lagi bayaran (haji) dan apabila sudah ada (keputusan) pelaksanaan haji pada tahun ini, kita akan umumkan bayaran haji,” katanya pada sidang media PraOperasi Musim Haji 1442H/2021.

Syed Saleh berkata kos haji pada 2019 dan 2020 adalah RM22,900.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");