Panasnya Hari Ini

Kerajaan takut orang muda tolak mereka

Dr Mahathir Mohamad mengkritik penangguhan pendaftaran automatik individu berusia 18 tahun sebagai pengundi, dengan mengatakan keputusan itu dibuat atas dasar takut.

“Mereka memutuskan untuk tidak memberi hak mengundi kepada rakyat berusia 18 tahun kerana mereka bimbang belia mungkin menentang mereka,” kata bekas perdana menteri itu, merujuk kepada kerajaan, dalam satu sesi di aplikasi Clubhouse.

Kata Mahathir, ketika Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya pada 2018, perkara pertama yang dibuat adalah membenarkan pendaftaran belia berusia 18 tahun ke atas sebagai pengundi.

Beliau juga berkata, ada “cukup masa” untuk menyelesaikan segala hal bagi memberikan belia berusia 18 tahun hak mengundi.

Namun, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata perkara itu tidak dipandang serius.

“Bagi saya, ini adalah keputusan yang buruk. Kita perlu mengambil segala tindakan dalam dua tahun akan datang ini untuk memastikan belia berhak mengundi dalam pilihan raya akan datang.”

Semalam, Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh dilaporkan berkata, pendaftaran pengundi 18 tahun secara automatik dijangka ditangguhkan sehingga selepas September 2022.

Beliau berkata, sekatan pergerakan yang dilaksanakan susulan wabak Covid-19 mengganggu persiapan SPR untuk melaksanakan dasar itu, yang diluluskan oleh Parlimen pada Julai 2019.

Langkah SPR itu mencetuskan kritikan dari pembangkang, dengan beberapa pihak mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan meletakkan jawatan kerana isu itu.

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Undi18 juga bercadang mengheret Putrajaya ke mahkamah berhubung penangguhan itu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin juga mengkritik alasan SPR, menyifatkannya sebagai tidak munasabah.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");