Berita Hari Ini

Kedah, Perak, Negeri Sembilan ditukar status kepada PKPP

Perintah pergerakan di tiga lagi negeri – Kedah, Perak, Negeri Sembilan – kini dilongggarkan kepada status Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakon sebentar tadi.

Sementara itu, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kelantan dilanjutkan daripada 19 kepada 31 Mac manakala di Sarawak daripada 16 hingga 29 Mac.

Semua keputusan itu akan berkuat kuasa bermula 19 Mac 2021 sehingga 31 Mac 2021 kecuali Sarawak berkuat kuasa hari ini hingga 29 Mac 2021.

Bagaimanapaun, kegiatan rentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali bagi aktiviti pelancongan daripada kawasan PKPP ke PKPP lain melalui konsep green travel bubble menggunakan syarikat dan agen pelancongan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan.

Kegiatan rentas daerah dibenarkan kecuali bagi Sabah dan Sarawak.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");