Berita Hari Ini

Pelabur Luar Masih Yakin Dengan Malaysia – Azmin

GOMBAK: Penubuhan data serantau pertama di Malaysia dan pelaburan berjumlah RM4 bilion membuktikan pelabur luar masih yakin untuk melabur di negara ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia sejajar dengan pendirian kerajaan untuk menarik pelaburan berkualiti, bernilai tinggi dan mempunyai impak besar kepada rakyat.

“Saya sentiasa menyatakan pelabur-pelabur asing masih kekal keyakinan mereka untuk meletakkan pelaburan di Malaysia dan negara ini menjadi hab utama mereka.

“Kita tak mahu pelaburan bersandarkan kepada labour intensive kerana selama ini itulah tumpuan kita dan hari ini kita terlalu bergantung kepada tenaga kerja asing.

“Perkara ini harus dihentikan dan kita mesti segera beralih kepada pelaburan berteknologi tinggi dan berkualiti supaya dapat mewujudkan pekerjaan untuk rakyat Malaysia dengan pendapatan tinggi,” katanya kepada pemberita di Masjid Jamek Al-Amaniah di Batu Caves malam ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima pelaburan berjumlah RM4 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang daripada syarikat gergasi global, Microsoft.

Microsoft juga menyatakan kesediaan untuk membina pusat data serantau pertama di Malaysia dijangka berupaya menjana pendapatan baharu sehingga RM19 bilion.

Menurut Mohamed Azmin, Malaysia harus menyediakan tenaga kerja dengan kemahiran dan bakat-bakat tertentu untuk memenuhi permintaan industri.

“Ini satu perkembangan yang baik kerana bukan sahaja mereka meletakkan pelaburan dalam negara semata-mata.

“Mereka juga mencipta nilai dan kualiti untuk tenaga kerja kita dengan memindahkan kemahiran serta teknologi kepada anak-anak kita,” katanya lagi.

MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");