Berita Hari Ini

Pemandu Hilang, Treler Masuk Tasik

Gua Musang: Pemandu hilang selepas treler dipandunya terjunam ke dalam tasik di Kilometer 47, Jalan Lojing-Gua Musang, dekat Pos Blau, semalam.

Dalam kejadian 2 petang itu, mangsa berusia 30-an dalam perjalanan membawa kira-kira 50 balak ke pusat timbang di Kampung Kuala Betis.

Ketua Polis Daerah, Superintandan Sik Choon Foo berkata, perjalanannya melalui jalan selekoh menuruni bukit menyebabkan trelernya hilang kawalan.

Berikutan itu, katanya, kenderaannya terbabas di sebelah kiri jalan sebelum terjunam ke dalam tasik bersama sebahagian kayu balak.

“Bagaimanapun, gerakan mencarinya masih gagal menemuinya lelaki terbabit,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, semalam.

“Sebahagian kayu balak yang berada di atas treler mangsa juga terjatuh ditepi tasik itu dipercayai terputus rantai pengikatnya sebelum terjunam ke tasik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Mohd. Arifuddin Akif Mohd Noor berkata, 10 anggotanya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

Beliau berkata, operasi mencari dan penyelamat (SAR) ditangguhkan pada 6.30 petang.

“Kalau kita tengok keadaan sekitarnya kawasan berpaya iaitu takungan air di dua buah bukit. Jadi kita percaya mangsa berada berdekatan di kawasan lori tersebut.

“Kita akan tengok dan membuat pencarian lagi di bahagian tepi dan kita akan membuat pencarian di bahagian tepi lori tersebut dengan bantuan pasukan scuba esok (hari ini),” katanya.

Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");