Berita Hari Ini

Massimo perkenal roti multigrain dengan barli

Pembuat roti dan kek Massimo, telah mencipta roti multigrain artisan dengan gabungan berkhasiat barli premium Kanada, flaxseed, biji chia, biji bunga matahari dan bijan hitam, yang kaya dengan vitamin dan mineral.

Pengerusi The Italian Baker Sdn. Bhd., Jeremy Goon berkata, gabungan tradisi penghasilan roti Massimo bersama rasa barli ini unik serta khasiat nutrisi barli yang telah dikaji secara terperinci.

Roti Benih Multigrain Dengan Barli (Seeded Multigrain with Barley) Massimo ini ditawarkan untuk tempoh terhad khas untuk peminat-peminat roti di negara ini.

Dengan menggandingkan isi padat lagi lembut dan bijirin ranggup yang enak, Roti Benih Multigrain Dengan Barli sudah tentu tidak akan mengecewakan pembeli.

Sementara Massimo mempunyai pelbagai pilihan roti sandwic enak lagi berkhasiat seperti roti sandwic dengan Germa Gandum (Sandwich Loaf with Wheat Germ), Roti Gandum Penuh 100% (100% Wholewheat Loaf), Roti Fine Wholemeal (Fine Wholemeal Loaf), jenama tersebut memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan termasuk memperkenalkan roti-roti artisan tradisional dan pilihan pelbagai bijirin yang lebih bermanfaat untuk kesihatan.

Barli tergolong antara ‘super food’, kaya dengan serat yang mempunyai kandungan tinggi bahan antioksidan tokotrienol dan beta-glukan yang boleh mengurangkan kolesterol.

Pengambilan barli sebagai sebahagian daripada amalan pemakanan sihat telah menunjukkan dapat mengukuhkan sistem imun badan, membantu dalam pengurusan berat badan, melancarkan sistem penghadaman serta membantu kesihatan usus, merendahkan kolestrol dan mengurangkan risiko penyakit jantung serta melindungi daripada penyakit diabetes.

Roti yang diperbuat daripada barli mempunyai sejarah purba di Timur Tengah, yang mana ia dianggap sebagai makanan ruji.

Beliau menambah, sejak pandemik Covid-19 melanda, pengambilan roti semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");