Perak Hari Ini

Menghina agama dan menyebabkan dipandang hina

AMEERAH Perak menyatakan kekesalan atas penularan satu video menghina agama yang tular dan menjatuhkan martabat dan maruah wanita Muslim.

Video berkenaan dilihat sengaja menghina agama, mengganggu sensitiviti, mencetuskan kegusaran awam dan berniat jahat apabila seorang wanita tanpa segan silu menanggalkan tudung dan pakaiannya dalam satu majlis tertutup di Crackhouse Comedy Club (CH). Ini selepas dia memperkenalkan diri sebagai seorang wanita Muslim yang telah menghafaz 15 juzuk Al-Quran.

Menurut Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 seksyen 7 telah menyatakan bagi kesalahan menghina, atau menyebabkan dipandang hina dll. agama Islam, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Ameerah Perak mengucapkan tahniah atas tindakan pantas yang diambil Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang tidak berkompromi dengan sebarang bentuk usaha mempersenda dan memprovokasi agama di negara ini.

Ameerah Perak menggesa satu garis panduan penganjuran  sebarang program berbentuk spontan digubal,dikuatkuasakan dan dipantau bagi mengelakkan insiden seperti ini berlaku di masa akan datang.

“Sesungguhnya sifat malu itu sebahagian daripada Iman”. Justeru Ameerah Perak mengajak seluruh wanita khususnya wanita Muslim untuk sentiasa memelihara maruah diri demi menjaga kesejahteraan dan keselamatan para wanita daripada terus menjadi bahan gurauan atau jenaka seksual serta terpengaruh dengan budaya mencari publisiti murahan yang amat menyimpang dari ajaran agama Islam.

HARAKAHDAILY

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");