Isu Panas

Notis pengosongan DUN Balingian diserah

dun sarawak

Petra Jaya: Notis pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian sudah diserahkan kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi tadi.

Perkara itu disahkan Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar dalam sidang media sebentar tadi.

Beliau berkata, ia terpulang kepada SPR di Putrajaya untuk mengadakan pilihan raya kecil (PRK) atau tidak.

“Pagi tadi, notis pengosongan kerusi DUN Balingian sudah diserahkan kepada SPR pdan keputusan terletak di tangan mereka untuk tindakan seterusnya,” katanya pada sidang media di bangunan DUN Baru, di sini sebentar tadi.

DUN Balingian kosong selepas penyandangnya Tan Sr Abdul Taib Mahmud menghantar notis kepada Speaker DUN beberapa hari lalu.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");