Perak Hari Ini

Beri Peluang Kepada Siew Keong: Hishamuddin

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan sokongan yang diberikan kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong adalah sebagai tanda persahabatan yang terjalin sejak penglibatan mereka dalam sayap Pemuda lagi.

Katanya lagi, Siew Keong yang dikenalinya lebih daripada 20 tahun lalu turut melalui pelbagai cabaran dalam perjuangan parti ketika itu.

“Perjuangan kita ini bersandarkan kepada kewarasan dan kewibawaan demi masa depan negara dan tanah air,” katanya.

Justeru, Presiden GERAKAN itu katanya, perlu diberi peluang  bersandarkan kepada pengalaman yang dikutipnya dalam bidang politik selama ini.

Katanya lagi, aktiviti berkempen yang dijalankan oleh semua komponen parti berjaya memperlihatkan kerjasama merentasi warna kulit, agama dan kaum.

“Walau apa juga yang dilalui, ia perlu dijalankan dalam satu pasukan dan dengan sokongan yang diterima di sini, kerajaan Pusat akan membantu rakyat Teluk Intan,” katanya lagi.

Sementara itu, jika emosi tidak dikawal, ia akan mencetuskan demonstrasi jalanan, katanya.

Katanya lagi, iktibar perlu diambil terhadap situasi yang sedang berlaku di negara jiran seperti Thailand dan Vietnam.

Tambah Hishammuddin lagi, pengundi kini sudah dewasa dan bijak memilih calon yang mampu memberi kemajuan kepada rakyat jelata.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");