Isu Panas

DAP pertahan pendirian bantah hudud Dyana

Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng (tengah) pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Pucuk Pimpinan Kebangsaan DAP 2014 di Hotel Silka Cheras, Kuala Lumpur, hari ini. – FOTO SINAR HARIAN ONLINE – NIZAM ZAIN:-

KUALA LUMPUR – DAP hari ini mempertahankan tindakan Dyana Sofya Mohd Daud dalam menyatakan pendiriannya menolak pelaksanaan hukum hudud dan menyifatkannya sebagai selaras dengan ketetapan parti.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan tindakan Dyana Sofya tidak bercanggah dengan pendirian parti dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga berhak menyatakan pendiriannya termasuk menegur calon DAP itu.

“Dia (Dyana) berhak (nyatakan pendirian) dan gunakan pendirian parti (bantah hudud), dan dia (Nik Aziz) boleh nyatakan pendiriannya (tegur Dyana).

“Saya fikir pendirian parti sangat jelas malah pemimpin dan anggota DAP mengambil pendirian parti,” katanya kepada pemberita pada Persidangan Pucuk Pimpinan Kebangsaan DAP 2014, di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Semalam semasa pertemuan bekas Menteri Besar Kelantan dengan Dyana Sofya, antara perkara yang dijelaskan adalah kesilapan calon DAP itu menyatakan pendiriannya mengenai hudud ketika kempen PRK Teluk Intan, baru-baru ini.

Menurutnya, Dyana sepatutnya mengambil langkah lebih berstrategi atau hanya berdiam diri daripada mengeluarkan kenyataan berkaitan isu yang boleh dijadikan bahan polemik.

Mengulas lanjut, Guan Eng menambah, beliau mengulangi bahawa parti itu tidak menolak Islam sebaliknya hanya menolak pelaksanaan undang-undang Islam itu di negara ini.

“Kami hanya menolak pelaksanaan undang-undang Islam itu di Malaysia kerana tidak sesuai dengan masyarakat plural di negara ini,” katanya lagi.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");