Sukan Hari Ini

Lantikan Dollah tepat pada masanya

dollah salleh

MESKIPUN segelintir pemerhati bola sepak tempatan meragui keupayaan Dollah Salleh sebagai pengemudi skuad Harimau Malaya, namun tidak bagi Ketua Jurulatih kelab Persijap Jepara, Raja Isa Raja Akram Shah.

Katanya, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melakukan keputusan positif berhubung lantikan Dollah menggantikan Datuk K Rajagobal yang tidak disambung kontraknya tahun lalu.

Pada masa sama, katanya, Dollah mesti diberi masa yang cukup membentuk pasukan dan tempoh empat tahun cukup ideal bagi membentuk skuad mantap.

“Semua pihak perlu beri kebebasan kepada beliau termasuk dalam pemilihan pembantunya. Mungkin ramai pihak cuba membandingkan pencapaian diraih Rajagobal dan Datuk Ong Kim Swee.

“Mereka ini melalui proses panjang dan sudah mengenali pemain skuad remaja Bawah 17 hingga B23 serta mencapai sasaran menjuarai Sukan Sea dan Piala AFF, serta program pembangunan belia yang cukup membantu kejayaan negara gah di rantau Asia Tenggara,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Menurutnya, selain  mempunyai pembantu jurulatih, beliau berpandangan Dollah mungkin boleh berbincang dengan FAM bagi mendapatkan penasihat teknikal luar negara dalam mengendalikan keperluan taktikal dan keupayaan beri nasihat serta pendapat
untuk Sukan Asia dan kelayakan Piala Dunia tanpa mengganggu tugasan Dollah sebagai ketua jurulatih kebangsaan.

“Seandainya Dollah bijak mengadaptasi segala elemen komunikasi seperti media, Majlis Sukan Negara dan Institusi Sukan Negara, insya-ALLAH, paling tidak Dollah boleh berikan hasil yang luar biasa di peringkat  antarabangsa,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");