Sukan Hari Ini

Perak Zulhelmi diragui

zulhelmi

Diarah jalani ujian doping, pengurusan yakin tak guna bahan terlarang

Glasgow: Ia bagaikan meragui kemampuannya apabila pemenang pingat pertama negara di Sukan Komanwel Glasgow, Zulhelmi Md Pisol terpaksa menjalani ujian doping di Scottish Exhibition and Confrerence Centre Precint di sini, semalam.

Ujian itu dilakukan terhadap atlet pelapis angkat berat berusia 21 tahun itu selepas diisytiharkan sebagai pemenang pingat perak bagi kategori 56kg dengan jumlah angkatan 245kg.

Atlet berasal dari Pulau Pinang itu membuat angkatan snatch 108kg dan clean and jerk seberat 137kg.

Pengurus pasukan, Philip Gisan, berkata ujian itu dilakukan untuk mengesan sama ada Zulhelmi menggunakan ubat atau bahan terlarang bagi meningkatkan prestasinya ketika menyertai kejohanan ini.

Selain Zulhelmi, katanya dua atlet dari India, Sukhen Day dan Ganesh Mali, masing-masing meraih pingat emas (248kg) dan gangsa (245kg) turut menjalani ujian doping.

“Kita tidak tahu bila keputusan ujian ini akan dimaklumkan kepada kita, biasanya enam bulan akan datang. Apa pun kita yakin Zulhelmi tidak mengambil bahan terlarang untuk menyertai kejohanan ini,” katanya kepada pemberita, semalam.

Khairy puji

Beliau berkata, Zulhelmi bukan atlet yang disasarkan untuk mendapatkan pingat pada kejohanan ini kerana penyertaannya hanya untuk pendedahan.

“Kami sangat gembira dan begitu juga Zulhelmi. Kejohanan ini adalah pendedahan pertama peringkat tertinggi buatnya dan ia membuahkan hasil.

“Ia adalah permulaan yang baik untuk kontinjen angkat barat kerana kita memang sasarkan untuk mendapat pingat pada penyertaan kita hari ini (semalam) dan akhirnya menjadi kenyataan,” katanya.

Sementara itu, Zulhelmi, 21, mengakui teruja kerana berjaya meraih pingat perak pada penampilan pertama di Sukan Komanwel.

Bagaimanapun, atlet berusia 21 tahun itu terkilan dengan angkatan clean and jerk seberat 137kg yang dilakukannya kerana dia pernah melakukan angkatan seberat 140kg ketika latihan.

“Memang rasa terkilan sikit dengan angkatan clean and jerk sebab saya pernah melakukan angkatan seberat 140kg ketika berlatih,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata beliau memuji semangat dan kesungguhan atlet muda seperti Zulhelmi yang tidak mudah putus asa untuk bersaing dengan barisan atlet berpengalaman pada kejohanan berprestij itu.

“Pada awal angkatannya Zulhelmi ketinggalan, namun saya puji kerana bersemangat untuk bangkit dan meraih pingat buat negara, saya juga percaya atlet angkat berat yang lain mampu menyumbang pingat emas dalam saingan seterusnya nanti,” katanya.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");