Perak Hari Ini

Pengurus Kerugian RM70,000 Akibat Disamun

CHEMOR: Seorang pegurus syarikat kerugian kira-kira RM70,000 apabila disamun di rumah milik syarikat tempat beliau bekerja dekat Chemor, di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mangsa berada seorang diri di rumah tanpa menyedari rumahnya telah dipecah masuk oleh tiga suspek yang memakai topeng.

“Salah seorang suspek telah mengacukan parang ke leher mangsa yang berusia 31 tahun itu sebelum merampas barang-barang milik mangsa antaranya seutas jam tangan, telefon bimbit serta dompet yang mengandungi kad kredit dan wang tunai bernilai RM400,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Menurutnya, suspek turut melarikan dua buah kereta, iaitu jenis Toyota bernombor pendaftaran PCB 7418 dan Nissan, nombor plet AGV 9197, dimana salah sebuahnya adalah kenderaan milik syarikatnya.

Katanya lagi, suspek memecah masuk rumah mangsa menerusi pintu belakang.

Kes disiasat di bawah seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian agar tampil membantu siasatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");