Jenayah

Asrama pekerja diratah api

Batu Pahat: Sebuah asrama pekerja kilang seramik di Jalan Johor-Ayer Hitam, di sini, hampir musnah dalam kebakaran petang kelmarin.

Pegawai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam Mustafa Yusof berkata, kejadian kira-kira jam 1.20 petang itu menyebabkan 50 peratus bahagian atas asrama berstruktur kekal itu musnah.

Menurutnya pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada jam 1.28 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Ayer Hitam bergegas ke lokasi berkenaan.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian didapati hampir separuh daripada bahagian atas bangunan di tingkat dua itu terbakar.

“Tindakan pantas anggota bertugas berjaya mengawal api dalam tempoh 20 minit, sekali gus mengelak ia daripada merebak ke kawasan lain.

“Hasil siasatan didapati semua pekerja kilang tidak berada di dalam asrama berkenaan dan dipercayai semua sudah keluar bekerja,” katanya tidak ada kehilangan nyawa dilaporkan.

Menurut Mustafa, sehingga kini barang asrama seperti katil, tilam dan almari antara barang yang didapati musnah akibat kebakaran itu.

“Pihak kami bagaimanapun masih menyiasat punca kebakaran serta kerugian membabitkan kemusnahan di kediaman asrama pekerja di situ,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");