Berita Hari Ini

Uber: SPAD Pertimbang Syarat, Bukan Larangan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) masih boleh mencari jalan untuk mengawal selia perkhidmatan Uber di sini, bukan melarang mereka secara terang-terangan.

“Kita perlu mencari jalan ke arah mengawal selia Uber,” kata Ketua Eksekutif SPAD Mohd Azharuddin Mat Sah kepada pemberita di sini, Selasa.

“Perkhidmatan ini pada masa ini tidak memenuhi kerangka undang-undang kita, tetapi pada peringkat ini, kita perlu mencari penyelesaian ke arah teknologi baharu ini,” katanya.

Azharuddin berkata demikian selepas ditanya mengenai kemungkinan rancangan untuk menyingkirkan kenderan Uber dari jalan raya.

Sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa SPAD boleh meminta seorang pemandu Uber bertemu dengan mereka selepas mengesannya sebelum keretanya mungkin dirampas.

Pemandu yang tidak muncul dalam pertemuan dengan SPAD dengan bantuan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan disenaraihitamkan daripada memperbaharui cukai jalan.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");