Panasnya Hari Ini

Kerajaan Punca Golongan Muda Muflis – AMK

Foto:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) pada masa kini merupakan punca kepada peningkatan kadar muflis golongan muda di negara ini.

Jelasnya, ianya berlaku kerana pentadbiran kerajaan BN yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah lebih mementingkan karier politik mereka berbanding kebajikan rakyat.

Beliau menyatakan sedimikian ketika mengulas mengenai laporan yang diterbitkan oleh agensi berita antarabangsa terhadap peningkatan kadar muflis di Malaysia.

“Jabatan Insolvensi Negara juga mengaku ketika ditemu ramah oleh Reuters bahawa ramai golongan muda ini yang dibebankan oleh hutang pelajaran dan juga perbelanjaan seperti pengangkutan dan tempat tinggal.

“Data yang dibentangkan ini jelas menunjukkan kegagalan polisi kerajaan UMNO-BN yang mengutamakan kepentingan politik beberapa individu sahaja dan bukan rakyat keseluruhannya,” katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Tambahnya lagi, selain kos sara hidup yang terlalu tinggi, rakyat juga telah dibebani dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikuatkuasakan sejak April lalu sehingga memaksa rakyat untuk berhutang.

Nik Nazmi berkata, kebangkrapan golongan belia merupakan satu tragedi untuk Malaysia dan perlu dielakkan dengan melakukan perubahan politik.

“Untuk itu, sesuatu perubahan politik diperlukan supaya kita boleh bergerak maju ke hadapan,”ujarnya.

Terdahulu, Reuters melaporkan bahawa Malaysia mempunyai kadar hutang persendirian tertinggi di antara 14 ekonomi Asia berdasarkan data daripada Standard & Poors.

Tahun 2014, seramai 635 orang di bawah golongan umur 25 tahun telah diisytiharkan muflis, tiga kali ganda daripada jumlah tahun sebelumnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");