Panasnya Hari Ini

Tabung Haji Rugi RM933 juta – Rafizi

Foto:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Nasional (NOW), Rafizi Ramli hari ini menyatakan bahawa Lembaga Tabung Haji didakwa menanggung kerugian mencecah RM933 juta hasil pelaburan dalam Felda Global Ventures.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Rafizi mendedahkan bahawa nilai semasa saham Tabung Haji dalam FGV adalah sebanyak RM454 juta sejak senaraikan pada tahun 2012.

Naib Presiden PKR itu berkata, kali terakhir Tabung Haji menjual saham FGV adalah pada 12 Julai 2012.

Tegasnya, Tabung Haji hanya memperolehi keuntungan berjumlah RM7.6 juta setelah menjual saham FGV pada tahun 2012 berbanding RM1.3 bilion yang dilaburkan untuk memberi saham syarikat peladangan terbesar berkenaan.

Tambahnya, ia bermaksud, Tabung Haji tidak mengambil sebarang tindakan untuk melindungi RM1.3 bilion yang merupakan wang pendeposit yang telah dilaburkan dalam FGV meskipun saham FGV telah merundum.

“Tindakan Tabung Haji mengekalkan saham FGV sehingga merugian RM933 juta ada hubung kait dengan kedudukan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menubuhkan FGV. Tindakan Tabung Haji ini (mengekalkan saham) bertentangan dengan apa yang patut dilakukan sebuah institusi pelaburan,” katanya.

Kali pertama saham-saham Tabung Haji dalam FGV diniagakan ialah pada 28 Jun 2012 dan Tabung Haji merupakan pemegang saham ketiga terbesar dalam FGV dengan memiliki 7.78 peratus.

Beliau turut mendakwa bahawa terdapat campur tangan politik dalam pentadbiran Tabung Haji.

Justeru, beliau mendesak agar ianya dihentikan dengan mengambil langkah menggantikan Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dengan individu yang lebih layak untuk mengelakkan Tabung Haji daripada terus mengalami kerugian.

“Saya akan terus mendesak perkara ini sehinggalah kerajaan menggantikan Azeez. Dengan segala masalah yang timbul, kerajaan mempunyai alasan kukuh untuk menyingkirkan beliau daripada Tabung Haji,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");